Pakej Komunikasi Belia : Rebat RM200 Untuk Telefon Pintar

by dzuandiey on December 27, 2012

jumlah artikel dibaca :3259

Seperti sedia maklum, dalam bajet 2013, dah dinyatakan ada 1 pakej komunikasi belia di mana belia yang berumur 21 tahun ke atas layak untuk mendapat rebat RM200 bagi membeli telefon pintar (smartphone)..

Ada lagi syarat-syarat tambahan untuk mendapatkan smartphone dan rebat RM200 ini?…jom tengok..

 Banner

syarat dapat rebat RM200 smartphone

Syarat-Syarat Rebat RM200 Telefon Pintar (3G) Dalam Pakej Komunikasi Belia

  • Anda mesti warganegera Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun
  • Anda hanya layak menerima rebat RM200 jika model telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500 tiada had harga yang ditetapkan.
Kabinet Memutuskan Tiada Had Harga Untuk Rebat Telefon Pintar Dibawah Pakej Komunikasi Belia Sumber : Amanz.my
  • Anda mesti mempunyai pendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Setiap belia yang terpilih hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G mereka
  • Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru. Penyedia talian seperti Maxis, Umobile, YES YTL, Celcom, Digi & Tune Talk sedia menunggu anda sebagai “pelanggan baru mereka” dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia

Mana-mana daripada anda yang berminat untuk mohon rebat RM200 telefon pintar 3G (smartphone) ini, anda boleh menghantar permohonan rebat RM200 secara online dengan cara KLIK portal Suruhanjaya Komunikasi Malaysia

Tempoh Sah Memohon Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia bermula 1 Januari 2013 – 31 Disember 2013

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.0/10 (3 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +2 (from 4 votes)
Pakej Komunikasi Belia : Rebat RM200 Untuk Telefon Pintar, 7.0 out of 10 based on 3 ratings
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 15 comments… read them below or add one }

1 TehR December 27, 2012 at 8:38 am

aku masih kurang faham dengan pakej ni
adakah mesti melanggan broadband internet untuk layak?
TehR recently posted..10 Cara Mencari Penyakit Dalam BanjirMy Profile

Reply

2 dzuandiey December 27, 2012 at 9:13 am

yer…itulah yang dimaksudkan dalam syarat tu…kena tanya lebih detail dari pihak yang menjual…

Reply

3 ZY December 28, 2012 at 1:50 am

Terima kasih pada Kerajaan yang prihatin terhadap belia. Cuma pandangan saya ialah; kalau nak beri rebat adalah lebih baik beri dengan secara berhemah. Jangan beri sehingga menyebabkan belia terpaksa membeli sesuatu kerana terpaksa, tanpa diberi pilihan. Oleh itu jangan ditetapkan nilai Telefon Pintar yang perlu dibeli, bawah RM 500 serta tertakluk hanya pada jenama tertentu.

Reply

4 dzuandiey December 28, 2012 at 1:55 am

saya juga bersetuju dengan saudara tentang had harga telefon pintar tersebut. Sepatutnya lebih kreatif di dalam rebatyang diberikan supaya dapat menarik lebih ramai belia untuk menggunakan rebat tersebut..

Reply

5 zhazmi December 28, 2012 at 8:09 am

agak2 lepas ke mohon, sbb 2012 umur 20..
zhazmi recently posted..Cara Untuk Buat Sitemap WordPress menggunakan PluginMy Profile

Reply

6 dzuandiey December 28, 2012 at 9:44 am

hehe….kena apply tahun depan la.. bagi cukup 21…tak apa..panjang lagi masa dia. :-)

Reply

7 kazuya January 3, 2013 at 4:50 pm

sya nak tnya betoi ka kena langgan pakej internet dulu kalau nak dapat rebet 200 tu…tolong jelaskan…

Reply

8 dzuandiey January 4, 2013 at 1:34 am

ya..kena langgan dahulu..melalui telco yang terpilih…(postpaid)

Reply

9 hamidah ujang January 4, 2013 at 3:53 am

blh ke kta dh isi form tp x jd nk bli..

Reply

10 dzuandiey January 4, 2013 at 11:45 am

boleh jer..tak jadi masalah…

Reply

11 anwar February 5, 2013 at 12:17 pm

nak tanya…wajib ke langgan pakej internet untuk prepaid??? contoh..saya guna line celcom skang n nak beli samsung galaxy y dari maxis. saya x pernah menggunakan sebarang pakej internet ari mana2 telco..adakah saya kene subscribe pakej internet dan ada kontrak utk pakej internet 2? atau pun boleh beli hp sahaja…

Reply

12 dzuandiey February 10, 2013 at 1:23 am

ya…kena subscribe..tapi bergantung kat kedai juga…macam saya pergi kedai semalam, tak perlu pun…hurm…pelik juga.. :)

Reply

13 anwar February 10, 2013 at 10:17 am

baru je beli hp guna rebat..byk hset murah yg da abes..galxy y tanye mane2 pun da xde da..smpat rembat hset malasia je..ninetology…gune dekat seminggu..alhamdulillah puas gune…rm99 sahaja lepas tolak rebat..waranty setaun..agak bebaloi. :)

Reply

14 dzuandiey February 11, 2013 at 2:20 am

hehe..itulah..ada tengok juga telefon tu..tapi tokey tu tak recommend la…dia cakap cepat rosak…hurmm…

Reply

15 anwar February 11, 2013 at 3:34 pm

huhu takpe..akan diberi feedback nanti..kalo ikot rosak iphone 5 xpandai jaga pun rosak bro.. :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: