Syarikat Tempatan Lancar Tablet “1 Malaysia Pad”

by dzuandiey on May 24, 2012

jumlah artikel dibaca :925

PUTRAJAYA, 24 Mei — MalTechPro Sdn Bhd hari ini memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali “1 Malaysia Pad” yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.

Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga 1 Malaysia Pad pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1 Malaysia Messenger.

gambar tablet 1 malaysia pad

 Banner

http://www.qsl.net/ba5tx/New.gifPeluang Untuk Menang Tiket ke Osaka, Jepun..Mudah! Hanya Perlu Klik!

Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.

“Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G.

“Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing,” katanya.

Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.

Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web (maltechpro.com) atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara. — Bernama

Sumber : Tablet “1 Malaysia Pad”

p/s : ada nama yang lagi sedap tak?..kah kah kah… :-)

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
Syarikat Tempatan Lancar Tablet "1 Malaysia Pad", 10.0 out of 10 based on 1 rating
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 2 comments… read them below or add one }

1 hazman aka species1980 May 29, 2012 at 2:52 am

Agak2x berbaloi ke beli nie… kena tengok betul spesifikasi dulu… takut MADE IN CHINA….
hazman aka species1980 recently posted..Pengguna PERTAMA SAMSUNG GALAXY S III dengan CELCOM !!!!My Profile

Reply

2 dzuandiey May 30, 2012 at 4:33 pm

betul…tablet or benda-benda Malaysia ni kena tengok betul-betul..takut made in China..pakai sebulan, dah tingtong..haha

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: